Sunday 9 February 2014

Twitter oh Twitter

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

            twitter oh twitter


Ilmu kalau dikongsi pasti ia akan bertambah.So dekat sini aku nak share pasal tweet-tweet yang awesome bagi aku lah.Tweet-tweet yang berunsurkan motivasi,agama,nasihat,teguran itu yang bagi aku kesedaran betapa banyak kesalahan yang aku pernah lakukan.Melalui twitter jugak aku dapat info-info yang aku sendiri tak tahu.Jadi manfaatkanlah laman sosial yang disediakan.Gunakan laman sosial itu sebagai tempat menuntut ilmu atau berkongsi ilmu~

            So inilah yang aku nak cakap pasal manfaatkan sesuatu.Aku dah mintak permission dekat tuan punya twitter ni untuk kongsikan tweet-tweet dakwah dia dekat blog aku.Korang pun boleh la follow beliau dekat twitter..best dan dapat pengajaran daripada tweet2 beliau..selamat men'scroll' yeah

https://twitter.com/FaizKinda
https://twitter.com/UkhtiMar_


Sebenarnya banyak genk-genk tweet dakwah ni..Cuma aku sempat mintak permission dengan 2 orang sahabat ni..so spoting and dyorang tak ragu-ragu untuk kongsikan ilmu dyorg..

antara tweet-tweet yang aku sempat curi hikhik

________________________________________________________







  • Saat kita bertemu dengan seseorang yang mampu membawa ke arah kebaikan, tetaplah bersamanya.Kerana sahabat yang baik amat sukar ditemui.
  • AL-QURAN Dipegang rasa selamat, Dibaca rasa tenang, Didengar rasa lembut hati, Difahami rasa manisnya iman, Diamalkan berkat dunia & akhirat
  • Tak perlu mengeluh jika ditimpa masalah. Allah kirimkan agar kamu dapat belajar sesuatu yang baik dan meninggalkan sesuatu yang buruk



  • Nilai seorang lelaki itu bukan terletak pada mukanya yang handsome tapi terletak pada cara dia menghormati seorang perempuan.
  • Sujud adalah posisi yg paling Indah. Kita meletakkan bahagian badan paling tinggi ke tanah hanya utk Allah SWT. Most Beautiful Feeling Ever



  • Waktu makin singkat. Umur makin meningkat. Ajal makin dekat. Kanan dan kiri ada malaikat. Tidak lupa mencatat amal setiap saat.
  • Jangan malu untuk mencari kawan kerana mungkin di antara mereka ada seseorang yang mampu menjadi sahabat dunia akhirat kamu.
  • Andai diri penuh dosa. Mohonlah keampunan daripada Allah. Jangan pernah berputus asa. Rahmat Allah itu sentiasa ada.
  • Ujian itu didikan daripada Tuhan. Mengajar hati untuk sabar dan ikhlas. Bicara Tuhan untuk kita faham makna redha tanpa ada batas.
  • Jangan melihat cacat dan kurangnya orang lain akan tetapi lihatlah kecacatan hati sendiri yang masih tiada lurus dengan Allah .
  • When someone hurts you, you learn to be stronger. When someone leaves you, you learn to be more independent.
  • Saat kita bertemu dengan seseorang yang mampu membawa ke arah kebaikan, tetaplah bersamanya.Kerana sahabat yang baik amat sukar ditemui.
  • Jadilah penembak doa yang setia. Cinta dalam diam. Rindu dalam kesunyian. Luah pada Allah. Allah Maha Mendengar.
  • Kerana Allah menutup aib kita, kita kelihatan baik . Sekiranya Allah tak menutup aib kita , pasti kita lebih teruk daripada yang disangka .
  • Bintik hitam di muka lebih baik daripada bintik hitam di hati. Kerana Allah tidak memandang rupa kita tapi Allah memandang hati kita


  • No matter how many buckets we cry, we won't be able to change our past. Yet crying for our sins may improve our future.
  • Tanpa bateri Handphone tak mungkin berfungsi . Begitu juga ilmu Jika kita tak mencari ilmu Kita tak mungkin di anggap Orang yang berilmu .
  • Manusia hanya mampu menilai tapi the true judges is Allah. Allah menilai kita luar dan dalam Allah lebih mengenali diri kita Ignore people.

  • A song, have a thousand memories. But Quran, have a thousand reminders.



  • No matter how big our houses, how expensive our cars & clothes are. In the End we wear the white Clothes & our graves will still be the same
  • Jangan benci si pelaku dosa, tapi bencilah kepada dosa yg dia lakukan. Tegur, bukan menghina. Nasihat, bukan mengata. Ini baru yg Islam ajar
  • Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Datangnya petir dan kilat ke mana menghilangnya sinar? Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita Pelangi.
  • This beautiful religion of Allah teaches us to be in the middle path. Not to be extreme nor to be too moderate.
  • If Allah answers your prayers, Allah is increasing your faith. If Allah doesn't, Allah is training your patience.
  • Orang yang menangis, tidak selamanya akan terus menangis. Bila tepat waktunya, tangisan tersebut Allah akan gantikan dengan rasa bahagia.



  • Biar tudung senget-benget, asalkan aurat dijaga. Biar orang mengata, asalkan iman dijaga. Biar mati kerana agama, asalkan amal diterima
  • Famous Mana Pun Budak Hot , Famous Lagi Rasulullah , Seluruh Dunia Kenal Baginda Setiap Hari Kita Wajib Sebut Nama Baginda Dalam Solat
  • ZALORA ⇨ BERATUS JENAMA BERIBU GAYA. ISLAM ⇨ BERATUS ZIKIR BERIBU PAHALA.
  • Jangan kata SINGLE kalau di kiri kanan kita masih ada MALAIKAT , Jangan kata SUNYI kalau masih ada ALLAH menjaga kita
  • Untuk apa bercouple seandainya ia mendekatkan kita dengan si dia tetapi menjauhkan kita daripada Allah. - Ustaz Azhar Idrus
  • Nak syurga tapi solat malas. Tak nak neraka tapi perbuatan menjerumus padanya. Moga Allah bimbing & detikkan keinsafan pada hati kita semua.



  • Smile at your mother when you see her in the morning and you will have a very good day ahead..


  • Adakah tudung wajib dipakai ? Jawapannya tidak . Sepatutnya anda pakai la apa saja yang boleh menutup semua aurat anda . Baldi pon boleh


_________________________________________________________________



Tweet dakwah 2



Yang best pasal adik Mardhiah ni dia selalu update tweet2 dia.So sepanjang aku men'scroll' tweet2 banyak la ilmu yang aku dapat dari adik ni

  • Semakin kita pendam, semakin sakit rasanya. Better pergi luahkan segalanya pada Allah. :')



  • Biarpun kamu kaya raya dan biasa gunakan wang untuk 'semua' kamu takkan mampu rasuah Izrail untuk tidak tarik nyawa bila masa kamu tiba


  • Al-Quran? Jangan kata baca, Tengok pun dah dapat pahala. Aurat lelaki, perempuan? Jangan kata sentuh, Tengok pun dah dapat dosa.


  • "Knp ek manusia suka mengumpat, mengata?" "Apa nk heran, diaorang kan ada mulut." "Apa yg mereka dapat?" "Dosa dia, pahala kita."



  • "Tertutupnya hati kerana sudah bosan dengan cinta." "Tertutupnya hati kerana tidak lagi berasa dosa."

  • Allah makes everything beautiful at the perfect place, at the perfect time and for the best reason.

  • Hati memang susah menjaga hati Padahal fitrahnya memang suci Kitalah yang bertanggungjawab ke atasnya Berhati-hatilah dengan hati



  • Siapa nak masuk Syurga? Semua angkat tangan. Tapi takda sorang pun angkat kaki menuju jalan Illahi.
  • Ketika syaitan membisikkan riak, manusia mula bangga apabila melakukan kebaikan. Semakin suka pujian semakin kurang memuji Tuhan. Allah.


  • Kopiah bukan lambang hebatnya iman. Tudung labuh bukan bukti kuatnya ketakwaan. Tp itu lebih baik daripada berpakaian citarasa syaitan.


  • Banyak orang terlalu pintar menilai orang lain, Tapi Sayang dia terlalu kurang bijak menilai dirinya sendiri.
  • Jadilah seorang sahabat yang selalu "menasihati" bukanya jadi seorang sahabat yang selalu "menyakiti" hati rakannya.
  • Selalu teringatkan "someone" sampai lupa pada "The only One". Allah.
  • Stop judging people from their past. Who knows, nowadays they are better than you.

  • Couple itu membawa kepada fitnah. Jangan menggunakan alasan cinta untuk bercouple. Jangan jadikan cinta itu fitnah.
  • Kesalahan sendiri ibarat halimunan, kesalahan orang lain ibarat tembok besar China.
  • Tidak cantik pada wajah tetapi cantik pada hatinya. Muka cantik akan hancur mamah usia. Hati yang cantik di pandang mulia selamanya.

  • Belajar mendengar sebelum menghukum. Belajar memerhati sebelum menuduh. Belajar diam sebelum membuat kesimpulan.
  • Ketenangan itu datang saat berdoa dengan Rabb, ketika sujud dan ketika berzikir. Maka untuk tenang, perbanyakkan mengingati Allah :')
  • Bahagia itu datang daripada hati yang sentiasa mengingati Allah. Ketenangan itu datang daripada jiwa yang hadir ketika solat.
sekian..haha itu saja yang aku dapat amik dari tweet dyorang..penat doh copy paste ni..Semoga informasi yang disampaikan manfaat kepada korang.

"Sampaikanlah sesuatu walaupun sedikit"